HPA - Panel Syariah

PENASIHAT PANEL SYARIAH
SS DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD, Mufti Pulau Pinang.

PENGERUSI PANEL SYARIAH
AF USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei).

SETIAUSAHA PANEL SYARIAH
AF USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI’AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH- ALAZHAR, Pengurus Besar HPA).

AHLI JAWATAN KUASA PANEL SYARIAH
  1. AF USTAZ HASHIM BIN JASIN (B.A PENGAJIAN ISLAM,Universiti Baghdad)
  2. YBHG DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)
  3. AF USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)
  4. AF USTAZ MOHD NIZHO ABDUL RAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)
  5. AF USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)
  6. YBHG PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)
  7. AF USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS) 
  8. AF USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS) 
  9. AF USTAZ YA ALI BIN DAHAMAN @ ABDUL RAHMAN, BA Al-Quran dan As-Sunnah (UKM), MA Perundangan Islam (UM), Bekas Pensyarah UiTM
  10. AF USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN AL HAFIZ, Diploma Tahfiz Al Quran
Sumber : HPA

HPA - Lokasi

Ibu Pejabat HPA
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: +604-9776805, +604-9776804 Fax: +604-9774121

HPAic,
Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park
7, Persiaran Sukan, Sek 13, Shah Alam, Selangor
Tel: +6 03 55119717

HPA dan Anak Syarikat
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:
  1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd – Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
  2. HPA Industries Sdn Bhd – Pengeluar ubat-ubatan herba
  3. Cola Radix Sdn Bhd – Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
  4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd – Pengeluar minuman dan makanan
  5. Radix Industries Sdn Bhd – Pengeluar Kopi Radix
  6. HPA Farm Sdn Bhd – Pengeluar ayam dan air mineral
  7. HPA Ilham Sdn Bhd – agensi pelancongan
  8. Radix Fried Chicken Sdn Bhd – Restoran Radix Fried Chicken (RFC), RCH, ROC, Radix Cafe, RPH.
  9. El- Zaharaa Sdn Bhd – Hotel, Homestay, JHS, HPA Collection, toharah dobi
  10. Centella White Sdn Bhd – Produk kosmetik
Sumber : HPA

Radix Fried Chicken (RFC) di buka di Shah Alam



Waktu Operasi :
Isnin - Khamis 10 pagi - 1 pagi.
Jumaat - Ahad 10 pagi - 12 tgh mlm.

HPA - Misi, Visi & Objektif

VISI
  • HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
  • HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

MISI
  • HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
  • HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat

OBJEKTIF
  • Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
  • Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang inovatif, berdaya maju dan berwawasan
  • Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan

Sumber : HPA

Kenali LOGO Halal



Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
logo halal
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Keunggulan Bisnes HPA


1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.

2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.

3. Harga murah dan berpatutan
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

HPA - Profail

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

Minum Cara Rasulullah saw

Rasulullah saw amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Baginda juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini :
  • Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  • Mencuci perut.
  • Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  • Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Ringkasan adab minum Nabi:
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah "Bismillah".
  • Minum dengan 3 nafas.
  • Minum dalan keadaan duduk.
  • Jangan bernafas kedalam air.
  • Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah Alhamdulillah.
  • Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.