Minum Cara Rasulullah saw

Rasulullah saw amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Baginda juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini :
  • Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  • Mencuci perut.
  • Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  • Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Ringkasan adab minum Nabi:
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah "Bismillah".
  • Minum dengan 3 nafas.
  • Minum dalan keadaan duduk.
  • Jangan bernafas kedalam air.
  • Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah Alhamdulillah.
  • Jika tiada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

No comments:

Post a Comment