HPA - Profail

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya. Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 5000 jenis produk lagi pada masa akan datang.

Pengilangan
HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat:
  1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
  2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
  3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
  4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
  5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
  6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
  7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1 (PU1), dibantu oleh Pengarah Urusan 2 (PU2) dan Pengurus Besar (GM) :-
  1. Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
  2. Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
  3. Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Faisol Abdul Rahman
  4. Pengurus Besar R & D, Tuan Abdul Ghani Bin Husain
  5. Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah Binti Abdul Rahim
  6. Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, AGM, pengurus-pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.

Sumber : HPA